Be you, not someone.
ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ
The layout was made specially for me.
All links open in a new tab.

 susah nak tidur ?

Assalamualaikum ...

Seumur hidup korang , pernah tak korang rasa susah gila nak tidur ? Pernah alami benda-benda macam ni tak ... Badan rasa letih, mata rasa mengantuk , tapi susah nak tidur. Untuk entri kali ni , saya nak kongsikan pada korang apa punca-punca dan cara nak atasi masalah kesukaran untuk tidur.



Insomnia atau 'sukar tidur' sering diakibatkan oleh penggunaan bahan atau ubat tertentu seperti kopi, alkohol, ubat anti-stress dan lain-lain. Selain itu, penyakit susah tidur ini juga merupakan gejala pelbagai gangguan jiwa dari yang ringan hingga ke berat seperti kemurungan dan rasa gelisah atau cemas.

Antara Punca Lain Susah Tidur :



Cara Mengatasi Masalah Susah Tidur :

  • Bersukan - Membuat senaman / bersukan secara teratur dapat membantu orang yang mengalami masalah dengan tidur. Namun sukan sebaiknya dilakukan di waktu pagi, bukan beberapa minit menjelang tidur. Dengan rutin bersenam, metabolisme tubuh menjadi lancar sehingga kesihatan menjadi lebih optimum. Dengan demikian tubuh akan lebih mudah untuk melawan stress.
  • Mengelakkan makan dan minum terlalu banyak menjelang tidur - Makan yang terlalu banyak akan menyebabkan perut menjadi tidak selesa (kembung), akibatnya akan menganggu tubuh sehingga tak boleh tidur. Sementara itu, kebanyakan minum sebelum tidur, akan menyebabkan sering merasa ingin buang air kecil.
  • Tidur dalam persekitaran yang nyaman - Semasa tidur, matikan lampu, matikan alat-alat yang boleh menimbulkan bunyi suara dan pastikan anda selesa dengan suhu bilik tidur.
  • Jauhkan jam dari pandangan - Jauhkan jam meja dari pandangan anda. Mendekatkan jam dengan pandangan boleh membuatkan anda cemas, kerana masih juga belum terlelap padahal jarum jam kian larut. Kecemasan seperti ini pada akhirnya akan membuat anda semakin susah tidur.
  • Minum susu panas - Minumlah susu panas sebelum tidur, kerana ini boleh membuatkan tubuh anda menjadi rileks sehingga lebih mudah tidur.
  • Mandi dengan air panas - Air panas akan menyebabkan kesan sedasi atau merangsang tidur. Selain itu, air panas juga dapat mengurangkan ketegangan tubuh, dan ini sangat bagus dibiasakan sebagai salah satu cara untuk mengatasi insomnia.
  • Gunakan tempat tidur hanya untuk tidur - Jangan menonton TV atau membaca buku, sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur. Hal ini akan membantu tubuh untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran ditempat tidur. Semasa berbaring di tempat tidur, maka akan timbul rangsangan untuk tidur.
  • Melakukan aktiviti kelonggaran secara rutin - Boleh mendengar muzik yang boleh membuat rileks, boleh dilakukan untuk membantu proses kelonggaran. Melatih pernafasan atau meditasi juga boleh membantu untuk melambatkan proses yang terjadi dalam tubuh, sehingga tubuh anda boleh menjadi lebih santai. Keadaan seperti ini akan memudahkan anda untuk tidur.
  • Kosongkan fikiran - Hilangkan segala kebimbangan yang menghinggapi fikiran, pecahkan segera masalah anda agar tidak menimbulkan stress dan pemikiran tanpa hujung.
"susah nak tidur ?" was Posted On: Saturday 12 December 2015 @07:07 | 0 lovely comments

« Older posts | Newer posts»

Copyrighted © TeaCakeHouse. All rights reserved. Thank you.
View with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Inspired by Kaith, Images from Cursor from Images from

ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ